Tuesday 31 May 2011

kenangan minggu bahasa zon barat dekat mrsm kuala klawang...
best yang teramat sangat...huhuhu....belum pernah rasa rasanya wakil maktab
se-best ni...
http://www.youtube.com/watch?v=U9ukWG-tHwA
best niEE..filem thailand...
word of the day~~~adorable

Monday 30 May 2011

penipuan seorang ibu..renungan bersama

LAPAN PENIPUAN SEORANG IBU
(Diterjemah dan diubahsuai dari kisah asal, “Eight Lies of a Mother”)

Kisah ini bemula semasa diriku masih lagi kecil. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup miskin. Selalu saja kami sekeluarga tidak mempunyai makanan yang cukup untuk dimakan. Apabila kami mempunyai sedikit makanan, ibu selalu memberikan bahagian nasi kepunyaannya kepadaku. Sambil memindahkan nasinya ke pingganku, ibu akan berkata “Makan nasi ni, nak. Ibu tidak lapar”.
Inilah penipuan pertama ibu.
Semasa membesar, ibu menghabiskan masa rehatnya untuk memancing ikan di sungai berhampiran rumah kami, dengan harapan bahawa daripada ikan yang ditangkapnya, ibu dapat memberikan sedikit makanan berzat untuk tumbesaranku. Di suatu ketika, ibu hanya berjaya menangkap dua ekor ikan lalu membuat sup ikan untuk hidangan kami sekeluarga. Ketika diriku sedang menikmati hidangan ikan itu, ibu duduk disisiku dan memakan sisa tulang-tulang ikan yang telah kuratah membuatkan diriku terharu melihatkan keadaan ini. Lalu kuberikan ikan yang seekor lagi kepadanya tetapi dengan pantas ibu menolaknya dan berkata, “Makan ikan ini, nak. Ibu tidak berapa sukakan ikan”.
Inilah penipuan ibu yang kedua.
Kemudian, sebagai cara untuk menyara kos pembelajaranku, ibu pergi ke kilang mancis untuk mendapatkan sedikit kotak mancis terpakai untuk dibawa balik ke rumah, di mana ibu akan mengisikannya dengan bilah-bilah mancis yang baru. Ini membantu ibu untuk mendapatkan sedikit wang untuk menampung keperluan kami sekeluarga. Di suatu malam yang sejuk, aku terjaga dan mendapati ibu sedang mengisi kotak-kotak mancis terpakai tersebut hanya dengan diterangi cahaya lilin. Lalu diriku berkata, “Ibu, pergilah tidur, sudah lewat malam. Esok pagi ibu boleh menyambung kerja ini”. Ibu tersenyum lalu membalas “Pergilah tidur nak. Ibu tidak penat”.
Inilah penipuan ketiga ibu.
Ketika diriku hendak menduduki peperiksaan akhir di sekolah, ibu menemaniku. Selepas subuh, ibu menunggu diriku selama berjam-jam di bawah terik matahari. Ketika loceng berbunyi menandakan masa menjawab sudah tamat, aku terus berlari mendapatkan ibu. Ibu memelukku dan menuangkan segelas teh daripada botol thermos yang dibawanya untuk diriku. Melihatkan ibu yang bermandikan peluh menungguku, aku memberikan gelas itu kepadanya dan mengajak ibu untuk minum bersama. Ibu berkata “Minumlah, nak. Ibu tidak dahaga”.
Inilah penipuan ibu yang keempat.
Setelah kematian ayah, ibu terpaksa menjagaku sebagai ibu tunggal. Ibu meneruskan kerja sebelumnya kerana terpaksa menampung keperluan kami secara sendirian. Kehidupan keluarga kami menjadi semakin rumit. Kami menderita kerana kelaparan. Melihatkan keadaan keluarga kami yang semakin terhimpit, pakcikku yang tinggal berdekatan rumah kami datang menghulurkan bantuan. Jiran-jiran yang lain melihat keadaan keluarga kami yang dihimpit kemiskinan lalu selalu menasihati ibu agar berkahwin lagi. Tetapi ibu menolak untuk berkahwin lagi dan berkata “Saya tidak perlukan cinta dan kasih sayang”.
Inilah penipuan ibu yang kelima.
Setelah diriku menghabiskan pengajian sarjana muda dan memperoleh kerja, tiba masanya untuk ibu yang sudah tua untuk tidak lagi bekerja sebaliknya berehat. Namun ibu masih terus ke pasar untuk menjual sayur-sayuran yang ditanamnya sendiri setiap pagi. Aku sentiasa mengirimkan duit kepada ibu tetapi ibu bukan sahaja tidak menerima malahan mengirimkan semula duit tersebut kepadaku. Ibu berkata “Ibu masih mempunyai wang yang cukup”.
Inilah penipuan keenam daripada ibu.
Aku meneruskan pengajian secara separuh masa diperingkat Sarjana. Dibiayai oleh syarikat Jepun di mana aku bekerja, akhirnya aku berjaya dalam pengajianku. Dengan kejayaan ini, gajiku menjadi lebih besar dan lumayan, lalu aku membuat keputusan untuk membawa ibu menikmati kehidupan serba mewah di kota tempat aku bekerja. Namun ibu tidak mahu mengganggu kehidupanku, ibu berkata kepadaku, “Nak, ibu tidak biasa hidup ditempat mewah”.
Inilah penipuan ketujuh daripada ibu.
Dipenghujung hayatnya, ibu telah disahkan menghidap barah dan perlu dimasukkan ke hospital. Aku bergegas balik ke kampung hanya untuk menemui ibu yang terlantar dihospital selepas menjalani pembedahan. Ibu cuba memberikan senyuman tetapi hatiku luluh melihatkan keadaan ibu yang sangat kurus dan lemah. Namun ibu masih mampu berbisik kepadaku “Jangan menangis nak, Ibu tidak sakit”.
Inilah penipuan kelapan dan terakhir daripada ibu.
Sebaik sahaja membisikkan kata-kata tersebut kepadaku, ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan diriku dalam penuh kesedihan.
Kepada mereka yang bertuah masih memiliki ibu di dunia ini, cerita ini sangatlah indah. Kepada mereka yang tidak lagi mempunyai ibu, kisah ini menjadi lebih indah.
Sayangilah ibu kita sementara kita masih diberi peluang.

mulanya disini....

tau sepa maliqulfdhal?
saya jumpa nama ni disebuah novel islam...salah seorang anak sultan muhammad fateh yang berjuang menawan kota constantinople daripada rom...sekarang dikenali sebagai kota istanbul...
bestlah novel tu...anak dia maliqul afdhal berjuang bersama-sama...semangat tu perlu didunia hari ni...
sedikit gambaran kota istanbul kini...ya sangat cantik..